Saturday 17 August 2013

Review Buku : Aku Melayu di Kota Inggeris

Penulis : Muhaimin Sulam
Penerbit : Kemilau Publika
Halaman :290 Muka surat [termasuk kulit]
ISBN : 978-967-361-074-7
Kategori : Travelog
Tahun : 2012

Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku boleh beli dan baca buku ni. Kemungkinan besar, cara penulisan dia yang agak bersahaja dan lebih santai berjaya memujuk aku untuk membeli buku ni.Atau mungkin jugak cover buku ni cun hahaha....

Buku travelog Muhaimin Sulam ini jujurnya sama aje dengan buku2 travelog lain yang pernah aku baca sebelum ini. Biasalah kalau tengok tajuk pun dah tahu yang buku ni menceritakan pengalaman si penulis dekat kota London [Kota Inggeris] masa dia sambung pelajaran dulu [PhD]. Bila dah cerita pasal pengalaman mestilah dia akan selitkan dengan nasihat2 atau petua2 sikit kalau sambung pelajaran ke luar negara sana.

Yang bagusnya pasal buku ni ialah penyampaian dia agak santai. Penulis pun dengan bijak telah membahagikan isi buku ni dengan beberapa bahagian. Dan setiap bahagian tu plak ada tajuk2 kecil lain. Ini secara psykologi dapat mengelakkan pembaca daripada bosan membaca.

Oklah, aku bagi sinopsis sikit buku ni.

Buku ni menceritakan sedikit sebanyak pengalaman penulis semasa memula dia menjejakkan kaki ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Dia juga ada cerita bertapa pentingnya kita sebagai seorang Muslim menjaga diri bila berada ditempat orang. Salah satu contohnya bila dia terpaksa berpuasa 17 jam. Kalau ikutkan hati, dia memang boleh makan aje sebab kat sana bukan orang kesah pun kita puasa ke tidak tapi dek kerana didikan agama yang kuat oleh ayah maka dia pun kuatkan hati untuk puasa.Satu lagi ialah mengenai pergaualn yang cukup bebas. Kalau jika bukan kerena dek didikan agama yang tegas oleh ayahnya, mungkin si penulis juga hanyut dibawa arus kebebasan eropah!










Friday 16 August 2013

Review Buku : Yang Nakal-Nakal

Penulis : Usman Awang
Penerbit : Fixi Retro
Halaman :222 Muka surat [termasuk kulit]
ISBN : 9 7896 70 374383
Kategori : Cerpen/Puisi
Tahun : 2013

Sebenarnya buku ni bukanlah penulisan2 baru Dato'Dr.Usman Awang tetapi buku ni adalah kompilasi2 17 buah cerpen dan 8 puisi2 lama beliau yang telah dibukukan semula dengan cara yang lebih moden dan trendy [menurut aku la hehehe]...

Seperti yang dinyatakan pada tajuknya, "Yang Nakal-nakal", buku ini sememangnya agak nakal sikit. 18 cerpen yang ditampilkan dalam buku ini kebanyakkannya ada unsur-unsur erotik tapi disampaikan dengan cara yang lebih "beradab". Susun kata yang digunakan cukup ringkas tapi boleh difahami dengan mudah. Cuma kalau dibaca cerpen2 yang ada dalam nie, ending ceritanya selalu sukar untuk diramal dan ada juga sengaja dibiar tergantung. Penulis juga cuba menyuntik elemen2 satira dalam cerpen2 dia ni.

Dalam puisi2nya pulak, Dato'Dr. Usman Awang banyak menyentuh pasal pembangunan, akhlak anak2 melayu yang makin runtuh, kritikan sosial dan tema percintaan. Sebagai contoh dalam salah satu puisinya yang bertajuk "Bagaimana Kalau..." Didalam puisi ini dia secara halusnya mengkritik pemerintahan kerajaan tapi dalam masa yang sama juga menegur rakyat yang terlalu mengagungkan jenama luar berbanding barang2 keluaran tempatan.

Mengenai "cover" depan buku ni, aku rasa agak menarik sebenarnya. Kulitnya dibiar warna merah hati dengan imej seorang perempuan [yang mengikut padangan aku berbangsa melayu] yang sedang berkemban. Corak2 yang ada pada kainnya itu adalah corak bunga yang ada pada batik melayu. Ekor "syaitan" pulak seolah-olah memberi gambaran yang buku ini tidak sesuai untuk mereka2 yang masih bawah umur.